dalam bahasa melayu, bersih didefinasikan sebagai tidak kotor…

sekarang ni kecoh plak ngan perhimpunan bersih.. PERHIMPUNAN BERSIH?? apo tu..?? perhimpunan pembersihan ramai-ramai ke? atau gotong-royong melakukan pembersihan sampah sarap, rumput yang tinggi dan longkang yang tersumbat supaya takde nyamuk aedes bermaharajalela.. ye ke tu..

bergotong-royong membersih.. ye ke tu rakyat kita??? kalau nak buat kerja kebaikkan.. punya le susah… ni ada perhimpunan BERSIH bagi meminta pilihanraya lagi bersih.. ramai le nak join kot perhimpunan tu.. baik dari buat perhimpunan tu, diadakan gotong-royong membersih bandar KL tu atau kat tempat-tempat perhimpunan tu.. takde le membuang masa ntah hape hape ntah…

rakyat kita suka sangat ngan bende-bende camni, suka sangat ngan hiburan cam akademi fantasia.. bangga bila dapat masuk akademi fantasia tapi malas nak masuk universiti/politeknik/kolej atau apa-apa yang bersifat akademik/kemahiran yang lebih realistik dengan masa depan.

bila ada perhimpunan ni, heboh seluruh dunia nak suruh join, nanti ramai le yang datang sekali nak buat perhimpunan tu, takde plak nak bawak anak-anak gi jalan-jalan hujung minggu tu, bawak family bercuti ke.. huh!!!

satu je.. nak bersihkan benda lain tu pastikan diri tu dah bersih dulu, rasuah sana-sini masih lagi nak membersihkan…..

** aku bukan suporter mana-mana pihak.. aku hanya menyampah bila orang nak semua benda dipolitikkan.. hape ke politik tu nanti dapat bawak mati sekali kot.. bila di azabkan oleh ALLAH nanti boleh rasuah gak malaikat supaya dapat masuk syurga kot.. ataupun dapat BERSIH kan semua kroni-kroni dari masuk…. ntah le…

ini le bila politik melebihi segala-galanya… kepentingan peribadi lebih penting…

kalau tanya kat golongan bawahan/biasa cam aku.. perhimpunan ni takde satu pun faedahnya.. banyak membazir dari memberi faedah.. nak bersih apa nya.. bersihkan dulu diri masing-masing baru boleh meminta pihak lain jadi bersih.. dah macam ketam ngajar anak berjalan lurus plak…

ni antara flier yang ditampal kat bawah flet murah aku (aku hanya rakyat bawahan yang hanya mampu duduk kay flet je, tak macam ahli politik yang duduk kat banglo besar, ada taman besar, kolam besar… etc..)

WTF BERSIH

WTF BERSIH

ada akal pakai.. ALLAH bagi untuk berfikir bukannya sebagai hiasan kata atas kepala tu je…

Advertisement